POLITIK
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
Mohamed Sukri berkata penilaian itu perlu dibuat secara berani dan berdasarkan realiti politik semasa serta 'maslahat' jangka panjang parti dan rakyat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Pas melakukan penilaian menyeluruh terhadap hubungan politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerangka Perikatan Nasional (PN).
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, penilaian itu perlu dibuat secara berani dan berdasarkan realiti politik semasa serta maslahat jangka panjang parti dan rakyat, bukan didorong emosi atau kepentingan sempit.
"Prestasi Bersatu dalam beberapa siri pilihan raya kebelakangan ini jelas menunjukkan kemerosotan sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu. Realiti yang berlaku di banyak kawasan, Bersatu hanya bergantung kepada kekuatan Pas untuk kelangsungan politik mereka.
"Namun, tuntutan kerusi dan pengaruh sering kali tidak seimbang dengan sumbangan sebenar. Ini bercanggah dengan semangat keadilan dan keikhlasan dalam konsep tahaluf siyasi," kata kenyataan hari ini.
Tambah Mohamed Sukri, pendakwaan dan siasatan terhadap pimpinan utama Bersatu memberi kesan negatif kepada keseluruhan Perikatan Nasional.
"Walaupun Pas tidak terlibat, persepsi rakyat melihat gabungan ini sebagai satu entiti. Pas tidak seharusnya terus berperanan sebagai “penyelamat” kepada parti lain sehingga merugikan masa depan perjuangan sendiri," katanya.
"Kerjasama politik dibenarkan selagi membawa maslahat. Memutuskan atau menilai semula hubungan politik adalah sebahagian daripada proses islah dan muhasabah demi kebaikan ummah.
""Pengkhianatan" dan "tikam kawan" yang berlaku baru-baru ini menyedarkan kita semua betapa pentingnya elemen kejujuran dan kesetiaan bagi merealisasikan matlamat perjuangan bersama.
"Justeru, Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor menyeru kepimpinan Pas Pusat agar melakukan penilaian tegas dan berani terhadap hubungan dengan Bersatu, demi menjaga imej dan prinsip perjuangan Islam, memperkukuh kekuatan parti, serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pas sebagai parti masa depan negara," tambah kenyataan itu lagi.