awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak akan ada tindakan khianat mandat rakyat - Ab Rauf

Bernama
Bernama
08/07/2022
21:15 MYT
Tidak akan ada tindakan khianat mandat rakyat - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) berkata mandat yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri pada November tahun lepas perlu dihormati. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan tidak akan ada sebarang tindakan mengkhianati mandat rakyat seperti undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata mandat yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri pada November tahun lepas perlu dihormati.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya artikel sebuah portal berita bahawa politik Melaka kembali bergolak. Artikel tersebut berniat jahat serta bertujuan menganggu gugat kestabilan politik Melaka.
"Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, saya tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan rakyat Melaka," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Menurut laporan portal itu, Sulaiman mungkin berdepan undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual bermula 25 Julai ini.
Ab Rauf berkata barisan kepimpinan BN negeri itu akan terus berusaha memberikan kemakmuran kepada rakyat serta fokus memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Saya juga menyeru semua kepimpinan BN di semua peringkat tidak terpengaruh dengan tohmahan ini serta kekal fokus demi mencapai kemenangan pada PRU akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Barisan Nasional
#UMNO
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan