KUALA LUMPUR: Persoalan tentang tadbir urus adalah perkara yang amat mustahak dalam negara, jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh sebaik mana ia dilaksanakan.

Pengarah Institut Kajian Dasar, Datuk Khalid Jaafar berharap kepimpinan kerajaan baharu ini tidak akan bersekongkol dengan hal rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau melihat bahawa ketidakstabilan ini didorong oleh mereka dalam kluster mahkamah yang terus menerus menekan kepimpinan kerajaan lalu supaya memenuhi permintaan mereka bagi melepaskan diri daripada pendakwaan salah guna kuasa dilakukan.

Harapannya, kerajaan baharu dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nanti dapat meneruskan pegangan kukuh terhadap prinsip integriti dan ketegasan itu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan syarat berdukungan kepada Perdana Menteri ini supaya jelas mengambil sikap tersebut.

“Kita lihat banyak negara-negara demokrasi dunia ketiga yang gagal, mereka ada pilihan raya, ada parti politik yang gagal kerana soal tadbir urus.

“Persoalan rasuah, persoalan salah guna kuasa, ini sekarang perkara yang sangat penting,” tegasnya.

Kata beliau lagi, jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional dahulu, kini kembali semula menerusi pelantikan Ismail Sabri perlu lebih mantap dan teguh memegang prinsip tidak mahu berkompromi dengan soal governans.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Astro AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar. Tontonnya di sini:


Tidak boleh ada kompromi dalam soal tadbir urus - Khalid Jaafar