JOHOR BAHRU: Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, setakat jam 8.11 malam, calon PH, Suhaizan Kayat memperoleh 36,703 undi menewaskan penyabar terdekat Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).
Suhaizan setakat ini menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.
Manakala, calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi memperoleh 408 undi, memetik kemas kini Asyraf Wajdi di laman Facebooknya.
KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI DI SINI
Sementara itu, calon PH DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman memperoleh undi 10,528 mendahului calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya yang mendapat 7,226 undi diikuti 243 undi oleh calon Bebas S Jeghanathan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 09 2023
Setakat jam 8.11 malam, calon PH, Suhaizan Kayat memperoleh 36,703 undi menewaskan penyabar terdekat Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail
Nippon Sushi nafi ada kaitan dengan pertubuhan yang tak patuhi undang-undang
Nippon Sushi berkata pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Berita Terkini Kita: Pasar Tabanak tapak penyatuan & keharmonian di Lahad Datu
Pasar Tabanak, Lahad Datu menjadi lambang keharmonian dengan pelbagai masyarakat meluangkan masa berkongsi pelbagai kisah.
Berita Terkini Kita: Aquaman Semporna...mereka pendekar laut biru
Dari gunung turun ke pulau. Krew Berita Terkini Kita kini berada di pantai timur Sabah menyelami kisah sang pendekar laut biru. Apa lagi yang menarik di Semporna? Ikuti episod kali dalam laporan Nickyson Nyambar, AB Uzza dan Irwan Felany.
Berita Terkini Kita: 'Seafood' Semporna lain macam...inilah keunikan kita
Pasar Basah Semporna lain macam! Apa ‘seafood’ yang ada? Ha! Ikuti laporan Nickyson Nyambar, AB Uzza dan Irwan Felany di Semporna!
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu