awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TIDAK RASMI] BN menang PRK DUN Nenggiri - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
17/08/2024
12:51 MYT
[TIDAK RASMI] BN menang PRK DUN Nenggiri - Asyraf Wajdi
Peraih undi Barisan Nasional menunggu di sepanjang jalan untuk meraih undi daripada penduduk tempatan yang hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan Meranto sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerus itu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,372 undi apabila memperoleh 9,113 undi manakala lawannya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS yang mewakili Perikatan Nasional meraih 5,741 undi.
"BN dahulu kalah dengan majoriti 810 undi... kali ini BN menang dengan majoriti besar 3,372 undi," katanya menerusi perkongsian video yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau malam ini.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi, yang mewakili Kerajaan Perpaduan, dan Mohd Rizwadi.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada Ogos tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#BN menang
#Barisan Nasional
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan