Skip to main content

Politik

[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN menang 49 kerusi - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi, PRN Johor_Astro AWANI.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan keputusan tidak rasmi itu direkodkan setakat jam 8.06 malam ini.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendakwa mendahului di 49 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan keputusan tidak rasmi itu direkodkan setakat jam 8.06 malam ini.

"Pakatan Harapan (PH) pula sebanyak tujuh kerusi, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing kosong.

Terdahulu, Asyraf dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului 33 kerusi DUN setakat jam 6.27 petang.

Setakat 5 petang tadi, sebanyak 67.44 peratus atau lebih 1.8 juta orang daripada keseluruhan 2.6 juta pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Must Watch Video

Advertisement