awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wujud dua kelompok dalam UMNO - Mahdzir

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2022
00:50 MYT
Tidak wujud dua kelompok dalam UMNO - Mahdzir
Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan penerima pada Program Penyerahan Vaucer Bantuan Persekolahan di Pejabat Umno Padang Terap di Kuala Nerang, Padang Terap, 15 Jan 2022. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan parti itu.
Beliau berkata, urusan perjalanan parti juga berlangsung dengan baik walaupun jawatan Perdana Menteri bukan disandang Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.
“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara tersebut tidak wujud.
“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di Dewan Bangunan UMNO Padang Terap pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Mahdzir berkata, ini merupakan kali pertama Naib Presiden parti dilantik menjadi Perdana Menteri.
“Apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti. Dari setakat ini yang saya sebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden parti,” ujarnya.
BACA: PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu berharap tidak ada pihak yang mengadu domba pucuk pimpinan UMNO sehingga boleh menimbulkan pergolakan dalam parti tersebut.
"Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, jadi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini," jelas Mahdzir.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#dua kelompok
#pergolakan dalam UMNO
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan