awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah

Bernama
Bernama
26/01/2023
04:08 MYT
Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kepada Datuk Roslan Muharam di Istana Seri Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Mereka adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan, ADUN Likas Tan Lee Fatt daripada DAP dan ADUN Inanam Peto Gadim daripada PKR.
Ketiga-tiga ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Pada 11 Jan lepas, Hajiji mengumumkan rombakan jemaah menteri Sabah yang antara lain menyaksikan Shahelmy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Masidi dilantik Menteri Kewangan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sabah
#angkat sumpah
#Pembantu Menteri Sabah
#Tun Juhar Mahiruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan