awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ADUN dakwa Aminuddin buat kenyataan 'flip-flop'

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2022
23:15 MYT
Tiga ADUN dakwa Aminuddin buat kenyataan 'flip-flop'
(kiri) Aminuddin. Kenyataan bersama tiga ADUN berhubung pelantikan barisan kepimpinan MPN PKR Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Negeri Sembilan mendakwa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun membuat kenyataan 'flip-flop' berkenaan soal pelantikan barisan kepimpinan parti berkenaan bagi sesi 2022-2025.
Ia dinyatakan menerusi kenyataan bersama oleh ADUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek; ADUN Sri Tanjung, Datuk M Ravi dan ADUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching pada Sabtu.
Mereka turut mendakwa Aminuddin cuba mengetepikan mereka selaku ADUN termasuk ADUN Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu.
"Kenyataan media pertama yang memuktamadkan barisan kepimpinan MPN Negeri Sembilan dikeluarkan oleh Aminuddin pada 28 September lalu telah mengenepikan nama-nama ADUN berikut selaku ahli MPN Negeri Sembilan.
"Kenyataan 'flip-flop' kedua beliau kemudian pada 29 September dengan menambah empat nama ADUN berkenaan sebagai 'jemputan' di dalam senarai ahli MPN Negeri Sembilan," kata mereka.
Jelas mereka lagi, mengikut perlembagaan parti, Perkara 27.3 (k) menyatakan anggota parti yang menjadi ADUN dan ahli Parlimen adalah ahli MPN negeri itu.
Ini bermakna kata mereka, selaku ADUN, mereka tidak wajar diketepikan seperti mana dalam kenyataan media Aminuddin yang pertama mahupun dalam kenyataan media kedua yang hanya mengkategorikan ADUN sekadar ahli jemputan MPN Negeri Sembilan.
Sebelum ini menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Aminuddin di laman Facebook rasminya menunjukkan nama empat ADUN berkenaan tiada dalam senarai barisan kepimpinan MPN PKR Negeri Sembilan.
Bagaimanapun selepas itu, keluar kenyataan baharu yang meletakkan nama empat ADUN berkenaan sebagai ahli MPN jemputan.
Untuk rekod, Mohamad Rafie juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan manakala Mohamad Nazaruddin merupakan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu dan Ravi, Timbalan Speaker Negeri Sembilan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Mohamad Rafie Ab Malek
#kenyataan flip-flop
#ADUN PKR Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan