awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/02/2023
10:39 MYT
Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Tiga ADUN berkenaan ialah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi); Chong Chen Bin (Tanjong Kapor); serta Norazlina Arif (Kunak).
KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) mengumumkan keluar parti hari ini.
Tiga ADUN berkenaan ialah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi); Chong Chen Bin (Tanjong Kapor); serta Norazlina Arif (Kunak).
Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga mereka memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
"Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuk selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan kami wakili...
"... kami menyatakan sokongan kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili," kata mereka dalam kenyataan berkenaan.
Selari dengan keputusan berkenaan, ketiga-tiga ADUN tersebut turut melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi.
Mereka juga berpandangan sudah tiba masanya polemik politik dan sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan.
Ini kerana, mereka berkata perkara itu memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.
"Kami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya.
"Kami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yong lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan negeri Sabah serta Malaysia amnya," kata mereka.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah lalu, Mohammad menang dengan undi 1,773; Chen Bin (7,206); manakala Norazlina (3,861).
Warisan menang 29 kerusi DUN pada pilihan raya berkenaan.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#ADUN Warisan keluar parti
#Kerajaan Sabah
#Politik Sabah
#Sabah Maju Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan