awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ahli Parlimen 'lompat' luar Dewan Rakyat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2023
23:30 MYT
Tiga ahli Parlimen 'lompat' luar Dewan Rakyat
Akmal menganggap tindakan empat ahli Parlimen berkenaan sama seperti tindakan melompat parti. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pemuda UMNO mencadangkan tiga ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertukar tempat duduk selepas menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di luar Dewan Rakyat.
Memetik laporan media tempatan, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan mereka itu seolah-olah amalan melompat parti seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
"Apa alasan utama nak tukar tempat duduk? Duduklah di tempat sama dan sokong kerajaan dari sana. Sebelum dan selepas Akta Anti Lompat Parti diwujudkan, Parlimen masih lagi ada ‘katak-katak’ politik.
"Saya minta speaker untuk letakkan mereka ini di luar dewan, lebih baik saya rasa," katanya.
Pada Selasa, kedudukan kerusi tiga daripada empat ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditukarkan dalam Dewan Rakyat.
Mereka kini duduk di belakang kerusi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Akmal, beliau konsisten dengan pendiriannya yang menganggap tindakan empat ahli Parlimen berkenaan sama seperti tindakan melompat parti dan ketiadaan peruntukan hanya digunakan sebagai alasan semata-mata.
"Isunya adalah sama ada mereka ini mahu buat kerja ataupun tidak kerana peruntukan untuk pembangunan tetap boleh mohon seperti biasa. Jika ada isu setempat, yang memerlukan (peruntukan) pembangunan boleh panggil pihak yang terlibat seperti wakil rakyat, agensi-agensi kerajaan atau jumpa menteri minta bantuan.
"Yang tidak ada, peruntukan ahli Parlimen dan dua (ahli Parlimen) yang tukar sokongan itu dari Kelantan, yang mana kerajaan negeri di bawah pentadbiran pihak pembangkang, maka alasan nyata sokongan sebab tak dapat peruntukan itu tidak masuk akal," ujarnya.
Beliau turut menegaskan isu yang berlaku ini hanya demi kepentingan diri dan bukan untuk memperjuangkan rakyat.
Katanya lagi, ahli Parlimen Pas yang tidak menyatakan sokongan kepada kerajaan sekalipun tidak menerima peruntukan untuk ahli Parlimen.
"Ahli pembangkang lain okey saja, kenapa mereka pulak yang tak okey? Tidak ada pun isu nak lompat parti bila tiada peruntukan, jadi tak perlu guna alasan bila ahli Parlimen tidak pandai buat kerja," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Akmal
#Pemuda UMNO
#Bersatu
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan