POLITIK
Tiga Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin atas dakwaan gerakan jatuhkan Muhyiddin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis (kiri), Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali (tengah) dan Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa (kanan) dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Tiga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail mengesahkan perkara itu dan menyatakan mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali; serta Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa.
"Mereka dipanggil Lembaga Disiplin secara berasingan iaitu pada jam 11 pagi, 12 tengah hari dan 1 petang, pada Khamis.
"Pertuduhan terhadap mereka ini pelbagai, tetapi banyak yang menyatakan mereka menyediakan Akuan Bersumpah (SD) dan mengadakan perjumpaan tertutup bagi menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin.
"Mereka sekarang ini seperti saya juga, dibawa ke Lembaga Disiplin (LD) atas satu surat dinamakan sesi perjumpaan LD. Macam saya dulu, selepas lima hari LD bersidang, saya dipecat.
"Saya yakin nasib sama untuk tiga Ketua Bahagian Bersatu ini," ujar Mohd Fadhli ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sebelum ini pada 13 Oktober, Mohd Fadhli dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.
"Kalau ikut Perlembagaan Parti Perkara 22.6, ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Lembaga Rayuan selepas Lembaga Disiplin. Namun setakat ini, ahli jawatankuasa Lembaga Rayuan belum ditubuhkan, hanya pengerusi yang sudah dilantik.
"Macam saya sendiri, tempoh 14 hari rayuan sudah tamat dan notis selesai dipanjangkan ke Lembaga Rayuan," tambah Mohd Fahdli.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz turut mengesahkan ada beberapa aduan disampaikan kepada Lembaga Disiplin melibatkan ketiga-tiga ketua bahagian tersebut.
"Misalnya untuk Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa, ada rakaman suara dia terlibat merancang kekacauan pada malam perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 Bersatu.
"Saya sendiri turut memfailkan aduan terhadap Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali berkaitan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti," ujar Tun Faisal ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada pertengahan Oktober, Lembaga Disiplin Bersatu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Pada masa sama, tiga ketua bahagian Bersatu turut dipecat iaitu Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang) serta Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

#Parti Bersatu
#Lembaga Disiplin
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#jatuhkan presiden parti
#Mohd Fadhli Ismail
#tun faisal ismail aziz