POLITIK
Timbalan Ketua Pemuda hadir mesyuarat Bersatu, BN tuntut MIC beri penjelasan
Ahmad Zahid berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu. - Gambar fail/Bernama
BAGAN DATUK: Parti MIC akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.
Ringkasan AI
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.
"Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ekoran kejadian itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- BN akan meminta MIC memberi penjelasan bertulis berhubung kehadiran Timbalan Ketua Pemuda MIC, K. Kesavan, ke Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu.
- Ahmad Zahid menegaskan sebarang tindakan disiplin terhadap Kesavan bergantung kepada kepimpinan MIC mengikut peraturan parti.
- Zahid menyifatkan tindakan menghadiri mesyuarat parti luar Kerajaan MADANI sebagai manifestasi yang tidak baik dan tidak sepatutnya berlaku.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.
"Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ekoran kejadian itu.
-- BERNAMA

#Ahmad Zahid Hamidi
#Timbalan Ketua Pemuda MIC
#Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu
#beri penjelasan
#K Kesavan