KUALA LUMPUR:Tindakan Barisan Nasional (BN) yang bertindak menarik sokongan dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat menggali kubur sendiri.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berkata, ini kerana, perkara itu tidak boleh dilihat di peringkat Persekutuan semata-mata, malah perlu dinilai secara menyeluruh termasuk di peringkat negeri.
"BN tidak boleh melihat dalam konteks di peringkat Persekutuan dan perlu dilihat di negeri yang mana ada beberapa negeri dikuasai oleh PN seperti di Johor, Perak, Kedah, Melaka dan Sabah.
"Jika penarikan itu dibuat, sudah pasti ia akan turut menjejaskan negeri berkenaan," katanya dalam temubual menerusi Buletin AWANI Khas di sini pada Selasa.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz secara rasmi hari ini mengumumkan beliau menarik balik sokongan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub juga mengambil pendirian yang sama dengan Mohamed Nazri.
BACA: Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menzahirkan prinsip tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan PN.
Dalam pada itu, Mujibu menjangkakan negara berdepan dengan pertentangan politik khususnya membabitkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas tamat tempoh proklamasi darurat pada 1 Ogos depan.
"Ketika ini, kerajaan bagaimanapun masih berfungsi seperti biasa dalam tempoh darurat ini," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Jan 12 2021

Mujibu berkata, penarikan sokongan terhadap Perikatan Nasional tidak boleh dilihat di peringkat Persekutuan sahaja, malah perlu dinilai secara menyeluruh termasuk di peringkat negeri. - Gambar fail

PKP | Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan
Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan Peningkatan kes secara mendadak COVID-19 dekat Kelantan dipercayai disebabkan gelombang kepulangan perantau baru-baru ini. Perkara ini diakui oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berdasarkan pemerhatian pihaknya dan Data Jabatan Kesihatan Kelantan.

PKP | 19 sekatan jalan raya di Kelantan
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, pihaknya ,melakukan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 sempadan antara jajahan.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS mula berkurangan
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa menurun kepada 3,780 orang berbanding 4,247 mangsa jam 8 pagi tadi.

Kecoh tapi lega... Merpati ini terlepas 'hukuman mati' di Australia
Satu kempen di Twitter juga dilancarkan untuk menyelamatkan merpati itu, yang diberi nama Joe.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manchester United berpotensi julang EPL - Paul Pogba
The Red Devils akan bertandang ke Anfield, tengah malam Isnin ini, untuk menghadapi juara bertahan, Liverpool.

COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 menjadi punca Auckland menarik diri.

Enam pengawal keselamatan belasah lelaki ditahan
Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 41 tahun ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun itu membuat laporan polis.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.

PN Johor adakan mesyuarat pertama dengan fokus kebajikan rakyat
Perikatan Nasional Johor hari ini mengadakan mesyuarat pertama dengan memfokuskan perbincangan kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Johor.

PKP 2.0: Toyota, Honda hentikan operasi kilang di Malaysia
Toyota menghentikan operasi dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.

Darurat: Apa guna Jawatankuasa Khas jika Kabinet masih berfungsi - Salahuddin
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat.

Mesyuarat PN Johor dipengerusikan PM diadakan secara maya
Buat julung kalinya, mesyuarat Perikatan Nasional (PN) peringkat negeri Johor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diadakan secara maya.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

Muhyiddin belum tunjuk kemampuan teraju negara - Tun M
Menurut Dr Mahathir, Perdana Menteri tidak melakukan banyak perkara untuk memerintah negara.

Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator
Beliau membuat kenyataan sebegitu susulan tindakan Muhyiddin yang menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa.

Segerakan pemilihan UMNO: Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin, hala tuju parti
Ketika ini bukan sahaja akar umbi parti, bahkan rakyat juga tidak jelas dengan hala tuju sebenar UMNO dengan kewujudan tiga kelompok ini.