awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pimpinan pembangkang luluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 mengecewakan

Fareez Azman
Fareez Azman
27/11/2020
10:39 MYT
Tindakan pimpinan pembangkang luluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 mengecewakan
Tindakan pimpinan pembangkang meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Isnin dilihat amat mengecewakan banyak pihak.
KUALA LUMPUR:Tindakan pimpinan pembangkang meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis dilihat amat mengecewakan banyak pihak.
Itu yang disuarakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Menurut ahli Parlimen itu, mereka telah bersedia untuk menolak Belanjawan 2021, namun, arahan di minit akhir oleh pimpinan pembangkang menyebabkan mereka akur dan mengikut kepatuhan disiplin parti.
"Arahan yang dikeluarkan semalam oleh pimpinan Pembangkang bagi meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 amat mengecewakan banyak pihak. Kami sudahpun bersedia untuk menolak Belanjawan tersebut sehinggalah arahan di minit akhir yang mengikat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengikut kepatuhan disiplin parti.
"Pun demikian, para penyokong kami dengan jelas menyuarakan keperluan membulat tekad dan Istiqamah dalam mempertahan kebajikan, kepentingan rakyat dan negara," menurut kenyataan itu.
Tambah mereka, ia jelas bahawa selaku wakil rakyat pembangkang yang bertanggungjawab, kepercayaan rakyat bukan sahaja harus dihormati tetapi dilunaskan menerusi tindakan sewajarnya.
Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba mengusulkan pengundian belah bahagi terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, namun tidak berjaya selepas hanya 13 ahli Parlimen menyatakan sokongan.
Tindakan majoriti Ahli Parlimen Pembangkang tidak menyokong usul pengundian belah bahagi itu turut dikritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Mahfuz Omar
#Mahathir Mohamad
#Dewan Rakyat
#Parti Keadilan Rakyat
#Permatang Pauh
#pembangkang
#Pengundian belah bahagi
#Parlimen
#Belanjawan 2021
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan