POLITIK
Tindakan Tengku Zafrul keluar parti tunjukkan karakternya - Khaled Nordin
Mohamed Khaled ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia RPEL dan Sijil Perhebat, di Kem Sungai Buloh, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI BULOH: Tindakan melepaskan jawatan dalam UMNO mencerminkan karakter dan pendirian politik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini tiada lagi rundingan di peringkat majlis tertinggi UMNO berhubung peletakan jawatan Tengku Zafrul dalam parti itu.
“Kita dengar pengumuman untuk dia keluar daripada UMNO dan dia ingin menyertai PKR.
“Itu keputusan dia, parti tidak boleh hendak halang. Tetapi, satu-satu tindakan sesiapapun, itu menunjukkan karakternya dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia RPEL dan Sijil Perhebat, di Kem Sungai Buloh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada perbincangan antara PKR dan UMNO membabitkan permohonan Tengku Zafrul.
"Setakat yang saya tahu, tiada perbincangan dibuat antara parti mengenai kedudukan beliau," katanya.
Ketika disoal sama ada Tengku Zafrul berdepan dengan tindakan dari UMNO, Mohamed Khaled menjawab ringkas, tiada tindakan diambil memandangkan Tengku Zafrul sudah meletak jawatan dalam parti.
“Kalau dia sudah keluar parti, macam mana nak kena tindakan disiplin,” ujarnya lagi.
Pada 30 Mei lalu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengesahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO sudah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Ringkasan AI
- Tengku Zafrul keluar UMNO, sertai PKR: Beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kota Raja, dan ahli parti.
- Tiada rundingan antara PKR dan UMNO: Menteri Pertahanan mengesahkan tiada perbincangan dibuat antara kedua-dua parti mengenai kedudukan Tengku Zafrul setakat ini.
- Tidak dikenakan tindakan disiplin: UMNO tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana telah keluar dari parti secara rasmi.