awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan terhadap ahli sokong gerakan desak PM letak jawatan - Ahmad Razif

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2015
10:16 MYT
Tindakan terhadap ahli sokong gerakan desak PM letak jawatan - Ahmad Razif
AHMAD RAZIF: Yakin tiada ketua-ketua UMNO cawangan di negeri itu yang terbabit dengan kumpulan yang mendesak agar Najib meletak jawatan.
UMNO Terengganu memberi amaran tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana ahli yang menyokong atau terlibat dalam gerakan untuk mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan setiap ahli UMNO tidak boleh bertindak di luar peraturan parti.
"Kalau kita bertindak di luar peraturan parti, kita terpaksalah menanggung tindakan yang akan diambil oleh kepimpinan," kata Ahmad Razif semasa ditemui media di sini siang tadi.
Beliau antara lain yakin tiada ketua-ketua UMNO cawangan di negeri itu yang terbabit dengan kumpulan yang mendesak agar Najib meletak jawatan.
"Kita di negeri Terengganu akan pastikan bahawa perkara ini tidak berlaku," ujar beliau lagi.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik rancangan 34 cawangan UMNO seluruh negara untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan bagi mendesak Perdana Menteri letak jawatan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#letak jawatan
#Najib Razak
#peraturan parti
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan