POLITIK
Titah Adendum: DAPSY Selangor kekal teguh di belakang Yeo Bee Yin
DAPSY Selangor menegaskan bahawa kami akan terus berdiri teguh dan menunjukkan solidariti penuh bersama Yeo Bee Yin (gambar). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemuda DAP Selangor (DAPSY Selangor) menegaskan akan terus berdiri teguh dan menunjukkan solidariti penuh bersama Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin.
Ringkasan AI
Kenyataan DAPSY Selangor dibuat susulan tindakan sebahagian anggota Pemuda UMNO yang berhimpun di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Puchong semalam sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Bee Yin melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes Titah Adendum.
Menurut DAPSY Selangor, tindakan tersebut disifatkan sebagai intimidasi politik dan gimik murahan namun tidak melemahkan prinsip mereka dalam mempertahankan politik berfakta, beradab dan berteraskan kepentingan rakyat.
“Budaya berhimpun beramai-ramai semata-mata untuk mencipta provokasi dan sensasi bukanlah politik matang.
“Sebarang cubaan intimidasi politik, tekanan berkumpulan atau gimik murahan tidak akan melemahkan prinsip perjuangan kami dalam mempertahankan politik berfakta, beradab dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan malam semalam.
Tambahnya, pada 2022 ketika Najib Razak dipenjarakan lebih banyak kenyataan sensitif dan reaksi pengguna media sosial yang bersifat sinikal.
“Adakah semua individu itu juga wajar dijadikan sasaran gimik politik dan tekanan awam?” soal DAPSY lagi.
Malah kenyataan sama turut mendakwa tindakan pemuda UMNO mencerminkan kepimpinan Ketua Pergerakan Pemudanya yang disifatkan gemar mencetuskan gimik.
Sebelum ini Ahli Parlimen Puchong telah berkongsi pautan laporan berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman oleh Najib untuk menjalani tahanan rumah susulan dakwaan wujudnya Titah Adendum.
Dalam perkongsian tersebut, Bee Yin menyatakan “Another reason to celebrate this year end” atau sebuah lagi alasan untuk meraikan tahun baharu kali ini.
Kenyataan beliau itu menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pemimpin UMNO yang disifatkan biadab dan tidak sensitif dengan berita buruk untuk mereka.
Ringkasan AI
- DAPSY Selangor menegaskan sokongan terhadap Yeo Bee Yin berhubung kenyataannya mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak, mengecam tindakan intimidasi politik pemuda UMNO di Puchong sebagai gimik murahan.
- Mereka menegaskan bahawa intimidasi politik dan tekanan tidak akan mengubah pendirian dalam mempertahankan politik berfakta, beradab, dan berkepentingan kepada rakyat.
- Reaksi negatif pemimpin UMNO terhadap kenyataan Bee Yin menimbulkan kecaman sebagai tindakan biadab dan tidak sensitif terhadap berita buruk.