POLITIK
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi (kiri) menegur Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi agar tidak mencampuri urusan UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi menegaskan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi tidak perlu mencampuri urusan UMNO berhubung dakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang didakwa bersikap pilih kasih dalam isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ringkasan AI
Aliff berkata AMK Wilayah Persekutuan tidak perlu mengajar mengenai pendirian parti, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadap dan tidak menghormati situasi yang sedang dihadapi UMNO.
“Tidak perlu mencampuri urusan orang lain. Cukup sekadar menasihati pemimpin sendiri supaya bercakap benar dan berlaku adil ketika memegang kuasa.
"Kami juga mendesak AMK Wilayah Persekutuan menegur parti DAP agar tidak bersikap biadap dan kurang ajar kerana setiap individu ada tahap kesabarannya. Jangan terlalu mencabar sehingga akhirnya memakan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata Aliff, keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib amat meruntun jiwa ahli UMNO, manakala Titah Adendum yang pada awalnya dikatakan ‘hearsay’ oleh pemimpin parti berkenaan akhirnya dibawa ke mahkamah dan kemudian dianggap tidak sah.
“Siapa sebenarnya yang bersikap ‘flip-flop’? Jika kamu rasa kami tidak diperlukan, nyatakan secara terus terang. Lebih baik kami menjadi pembangkang bermaruah daripada menjadi 'balaci' (orang suruhan) parti yang tidak mengenang budi,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut menegur tindakan segelintir pemimpin parti komponen kerajaan yang mengeluarkan kenyataan biadap ketika UMNO berduka, sambil mengingatkan bahawa UMNO tidak pernah bertindak sedemikian ketika presiden parti berkenaan berdepan hukuman mahkamah.
“Ketika presiden kamu dijatuhkan hukuman dahulu, tidak ada pemimpin UMNO atau BN mengeluarkan kenyataan biadap. Kami juga tidak pernah turun ke jalan untuk berdemo, merosakkan harta awam atau menghina pihak berkuasa,” katanya.
Semalam, AMK Wilayah Persekutuan mengecam keras kenyataan dikeluarkan Dr Akmal susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan isu Titah Adendum sambil menegaskan ia berpotensi mengelirukan rakyat selain menjejaskan persepsi terhadap institusi kehakiman dan kerajaan.
Ketuanya, Asheeq berkata keputusan mahkamah merupakan hasil proses perundangan yang sah selepas hakim meneliti hujah kedua-dua pihak, dan sama sekali bukan keputusan bermotifkan politik atau campur tangan eksekutif.
Pada hari sama, Akmal kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Semalam, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu berhubung dakwaan Titah Adendum selepas mendapati perkara tersebut tidak dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024 sekali gus mengesahkan bahawa beliau perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
Ringkasan AI
- Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi menegur Ketua AMK WP, Asheeq Ali Sethi Alivi atas campur tangan dakwaan pilih kasih terhadap Dr Akmal Salleh dalam isu Titah Adendum, mempersoalkan kenyataan biadap yang tidak hormati UMNO.
- Aliff menyeru AMK WP untuk tidak campuri urusan UMNO dan menasihati agar tidak bersikap biadap terhadap DAP, sambil menegur pemimpin parti komponen kerajaan yang keluarkan kenyataan biadap ketika UMNO berduka.
- AMK WP menegaskan keputusan mahkamah terhadap Najib bukan bermotifkan politik, manakala Akmal kecewa dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan Titah Adendum, mempersoalkan proses perundangan yang dianggap tidak adil.
Aliff berkata AMK Wilayah Persekutuan tidak perlu mengajar mengenai pendirian parti, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadap dan tidak menghormati situasi yang sedang dihadapi UMNO.
“Tidak perlu mencampuri urusan orang lain. Cukup sekadar menasihati pemimpin sendiri supaya bercakap benar dan berlaku adil ketika memegang kuasa.
"Kami juga mendesak AMK Wilayah Persekutuan menegur parti DAP agar tidak bersikap biadap dan kurang ajar kerana setiap individu ada tahap kesabarannya. Jangan terlalu mencabar sehingga akhirnya memakan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata Aliff, keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib amat meruntun jiwa ahli UMNO, manakala Titah Adendum yang pada awalnya dikatakan ‘hearsay’ oleh pemimpin parti berkenaan akhirnya dibawa ke mahkamah dan kemudian dianggap tidak sah.
“Siapa sebenarnya yang bersikap ‘flip-flop’? Jika kamu rasa kami tidak diperlukan, nyatakan secara terus terang. Lebih baik kami menjadi pembangkang bermaruah daripada menjadi 'balaci' (orang suruhan) parti yang tidak mengenang budi,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut menegur tindakan segelintir pemimpin parti komponen kerajaan yang mengeluarkan kenyataan biadap ketika UMNO berduka, sambil mengingatkan bahawa UMNO tidak pernah bertindak sedemikian ketika presiden parti berkenaan berdepan hukuman mahkamah.
“Ketika presiden kamu dijatuhkan hukuman dahulu, tidak ada pemimpin UMNO atau BN mengeluarkan kenyataan biadap. Kami juga tidak pernah turun ke jalan untuk berdemo, merosakkan harta awam atau menghina pihak berkuasa,” katanya.
Semalam, AMK Wilayah Persekutuan mengecam keras kenyataan dikeluarkan Dr Akmal susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan isu Titah Adendum sambil menegaskan ia berpotensi mengelirukan rakyat selain menjejaskan persepsi terhadap institusi kehakiman dan kerajaan.
Ketuanya, Asheeq berkata keputusan mahkamah merupakan hasil proses perundangan yang sah selepas hakim meneliti hujah kedua-dua pihak, dan sama sekali bukan keputusan bermotifkan politik atau campur tangan eksekutif.
Pada hari sama, Akmal kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Semalam, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu berhubung dakwaan Titah Adendum selepas mendapati perkara tersebut tidak dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024 sekali gus mengesahkan bahawa beliau perlu menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
#Pemuda UMNO
#Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi
#Asheeq Ali Sethi Alivi
#Titah Adendum
#Ketua AMK Wilayah Persekutuan
#Najib Razak