Skip to main content

Politik

Tok Mat dijangkiti influenza, doktor arah rehat tiga hari

71690986206_TBtokMat.jpg
RANTAU: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa berehat dari berkempen selepas dijangkiti influenza.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagramnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan itu meminta maaf kerana beliau 'down" akibat virus itu.

Menurutnya, doktor mengarahkan beliau untuk kekal di rumah, tidak keluar kerana bimbang virus itu menjangkiti orang lain.

Beliau yang kelihatan agak penat dalam video itu turut berulang kali meminta maaf kepada jentera kerana terpaksa berehat seketika.

"Dalam dua tiga hari ini, saya terpaksa…doktor minta saya banyak berehat. Saya minta maaf banyak-banyak kepada semua.

"Kepada jentera, teruskan gerak kerja di kawasan-kawasan, di PDM yang mana telah saya janji nak pergi.

"Dalam tiga hari ini memang saya tak boleh nak keluar. Saya minta maaf banyak-banyak dan saya harap saya dapat berjumpa dengan seberapa ramai pengundi selepas sembuh nanti," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tok Mat (@mohamadhjhasan)


Timbalan Presiden UMNO itu membuat penampilan kelima bertanding kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menghadapi tentangan satu lawan satu daripada calon Perikatan Nasional (PN).

PN mengetengahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Advertisement

Must Watch Video