TPM, menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman Muhyiddin

Sinar Harian
Ogos 2, 2021 16:30 MYT
Kenderaan dipercayai milik salah seorang Menteri Kanan dilihat keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara kira-kira 10.30 malam ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kenderaan milik orang kenamaan dipercayai menteri dilihat masuk kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam.
Kenderaan rasmi yang membawa timbalan perdana menteri dan menteri Kabinet itu kemudian dilihat keluar dari kawasan perumahan itu pada jam 10.30 malam tadi.
Difahamkan antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
[INFOGRAFIK] Kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara individu yang dipercayai bertemu dengan Muhyiddin.
Pada Isnin, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang dikatakan berhimpun di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin selepas gagal memasuki Parlimen.
Ia susulan daripada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai 2021.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: TPM, menteri dan peguam negara dilihat memasuki kediaman Muhyiddin
#Kediaman Perdana Menteri #Ismail Sabri #kawasan perumahan #tumpuan #Tengku Zafrul #Hamzah Zainudin