awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC

Aida Aziz
Aida Aziz
06/09/2020
08:36 MYT
Trend tubuh parti politik baharu macam buka bisnes - Presiden MIC
Trend landskap politik di negara ini, kata Vigneswaran, dilihat cenderung untuk sewenang-wenangnya menubuhkan parti baharu jika berlaku pergolakan atau ketidaksefahaman dalam parti. - Gambar fail BERNAMA
Budaya mengasaskan parti politik baharu pada masa kini saling tidak ubah seperti membuka perniagaan.
Itu reaksi Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran sebagai mengulas hasrat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menubuhkan parti politik berasaskan orang muda.
Tegas beliau, trend landskap politik di negara ini juga dilihat cenderung untuk sewenang-wenangnya menubuhkan parti baharu jika berlaku pergolakan atau ketidaksefahaman dalam parti.
"(Tubuh parti) ini macam perniagaan sekarang di Malaysia, kalau tak suka buka, buka, buka... kalau kita ada satu jenama itu bukan bermakna mereka tidak boleh buka. Tetapi bolehkah ini membawa kepada ramai lagi pemuda?
"Bercakap mengenai parti orang muda ini, bukankah kita sudah ada angkatan di Bersatu, pemuda di Barisan Nasional dan pemuda di Pas dan sebagainya, bagi saya itu sudah mencukupi.
"Bagaimanapun kita tidak boleh halang untuk mereka buka parti baharu, tetapi jangan kita lebihkan kepentingan sendiri,” tegas Vigneswaran lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Mikro di Pusat Konvensyen Sungai Siput pada Ahad.
Vigneswaran berkata demikian sebagai mengulas keputusan Syed Saddiq yang mengesahkan tidak menyertai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Sebaliknya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan menubuhkan parti berasaskan orang muda berbilang kaum.
Keputusan Syed Saddiq itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada ahli politik termasuk Dr Mahathir sendiri yang menegaskan, parti baharu untuk orang muda itu tidak akan berjaya.
Menurut Vigneswaran lagi, politik harus memiliki gambaran lebih besar daripada perseorangan dan jangan buat sesuatu hari ini yang boleh menjejaskan silaturrahim di antara kaum Melayu dan kaum lain di Malaysia.
Vigneswaran menambah, gabungan di antara Umno, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga dilihat sebagai konsep terbaik dalam memastikan kesepakatan sesama parti.
BACA: Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya - Dr Mahathir
Topic Berkaitan
#A Vigneswaran
#Mahathir Mohamad
#parti baharu
#parti orang muda
#politik
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan