SHAH ALAM: Pihak yang terlibat dalam politik sama ada ahli Parlimen sehinggalah kepada Perdana Menteri terdedah kepada pelbagai dakwaan dan tuduhan.
Mengakui perkara berkenaan sebagai risiko kerja, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kebiasaannya mereka sudah imun terhadap perkara berkenaan.
"Tetapi apabila tuduhan atau fitnah berulang-ulang kali dan ada tujuan-tujuan jahat di sebaliknya untuk menjatuhkan (kerjaya) politik atau memburukkan peribadi, saya rasa ada ruang kita saman supaya perkara itu dijadikan pengajaran dan tidak diulang lagi," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi Wacana Sinar Harian bertajuk 'Saman: Elak Fitnah Atau...' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panel ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman dan Pengamal Undang-Undang, Ahmad Nizam Hamid manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Ujar Syed Ibrahim, dalam peringkat tertentu, tidak semua orang atau individu berada dalam situasi yang serupa.
"Saya sendiri tidak ada apa-apa yang kontroversi. Tetapi kalau ada pihak yang cuba untuk mencari ruang dan kemudian menuduh, memfitnah serta menjatuhkan kita, itu kena laksanakan proses saman," tegasnya.
Menurutnya, dari sudut undang-undang, terdapat elemen-elemen yang boleh diambil tindakan.
"Saman itu mestilah ada bukti, rekod, rakaman yang dibuat dan tuduhan ke atas individu betul. Tetapi kalau umum contohnya, kita nak saman, itu saya rasa semata-mata untuk dapatkan perhatian supaya mereka akan tumpukan kepada kita.
"Saya rasa ada tempat-tempat tertentu kita boleh laksanakan saman dan saya tak rasa bahawa perkara ini hanya terhad kepada pemimpin di bawah tetapi juga pemimpin tertinggi," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
Mengakui perkara berkenaan sebagai risiko kerja, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kebiasaannya mereka sudah imun terhadap perkara berkenaan. - Foto Sinar Harian
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Tuduhan liar, ahli Parlimen patut saman sebagai pengajaran
Pihak yang terlibat dalam politik sama ada ahli Parlimen sehinggalah kepada Perdana Menteri terdedah kepada pelbagai dakwaan dan tuduhan.
Tuduhan polis kejam tidak adil - Ketua Polis Negara
Polis hanya bertindak sebagai pasukan yang membantu pelaksanaan undang-undang di bawah Akta 342 berhubung kawalan penyakit berjangkit.
Mujahid ingatkan Asyraf Wajdi berhenti buat tuduhan liar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengingatkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya berpolitik secara berhemah.