awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduhan Mat Sabu 'Malaysia telah dibeli Arab Saudi' tidak berasas - Hishammuddin

Bernama
Bernama
18/04/2016
14:13 MYT
Tuduhan Mat Sabu 'Malaysia telah dibeli Arab Saudi' tidak berasas - Hishammuddin
Hishammuddin (gambar) berkata tuduhan itu merupakan 'spin politik' pihak tertentu dan jawapan yang diberikan mereka juga adalah pelbagai serta berubah mengikut waktu. -Gambar fail
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu kononnya Malaysia telah dibeli Arab Saudi untuk menyertai blok besar di Timur Tengah adalah tidak berasas sama sekali.
Tuduhan itu merupakan tindakan polemik politik semata-mata, kata Hishamuddin ketika menjawab tuduhan itu berikutan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menjawab pertanyaan pemberita, Hishammuddin berkata tuduhan itu merupakan 'spin politik' pihak tertentu dan jawapan yang diberikan mereka juga adalah pelbagai serta berubah mengikut waktu.
"Saya konsisten dari dahulu dalam apa juga tuduhan dan seharusnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai pengesahan daripada pihak berkenaan.
"Isu politik, kalau betul kita telah dibeli buktikan...tiada bukti jangan cakap," katanya selepas merasmikan Malaysian Defence and Security (MDaS) Hall and Networking di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu seharusnya tidak diperbesarkan.
"Lebih baik kita tengok kepada perkara yang membina, isu keselamatan dan pertahanan dunia yang menjadi cabaran besar kepada semua pemimpin dunia," katanya.
Topic Berkaitan
#Adel al-Jubeir
#Hishammuddin Tun Hussein
#Malaysia dibeli Arab Saudi
#Parti Amanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan