POLITIK
Tuduhlah apa saja, rakyat tentukan siapa pengkhianat - Masidi
Masidi (dua, kiri) ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat 2025 di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: "Bagi saya, tuduhlah apa yang patut tetapi pada akhirnya rakyat yang menentukan sama ada kita pengkhianat atau sebaliknya. Saya tidak akan mengkhianati rakyat Sabah."
Demikian ucapan awal Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Masidi Manjun ketika merasmikan Persidangan Sayap Gagasan Rakyat 2025 di sini hari ini.
Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, beliau tidak tahu apa erti pengkhianat dan pengkhianatan yang dituduh atau dikatakan sesetengah pihak.
Tegasnya, beliau tidak akan mengkhianati rakyat Sabah dan akan terus mentadbir negeri ini dengan penuh tanggungjawab.
"Kalau kita faham aspirasi rakyat negeri Sabah, kita akan pilih aspirasi hak dan tuntutan rakyat sebagai teras perjuangan politik," katanya.
Selain itu, Masidi berkata, setiap perwakilan perlu memahami asas perjuangan politik dan tidak menggunakan politik demi kepentingan peribadi.
Dalam ucapan itu, Masidi mengingatkan para perwakilan agar tidak menjadikan cita-cita peribadi sebagai penghalang untuk usaha kepada orang Sabah menjadi 'master' (tuan) di negeri sendiri.
"Ini kerajaan, pemimpin dan rakyat Sabah adalah 'master' di tanah air sendiri dan bukannya orang lain.
"Kita rakyat Sabah yang menentukan masa depan kita, bukannya orang lain. Kita adalah penentu," katanya.
Pada 12 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) menolak untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didakwa mengkhianati parti itu selepas keluar daripada PN bagi membentuk kerajaan negeri.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya terdapat parti lain selain GRS untuk membentuk kerjasama atau pakatan pilihan raya untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sabah.