awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2021
05:11 MYT
Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
Shahidan sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana telah mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sepucuk surat mengenai aduan pelanggaran disiplin parti oleh Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Arau, tular pada Rabu.
Dalam surat itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar menggesa tindakan dan pengajaran tegas diambil terhadap Shahidan.
Menurutnya, Shahidan sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana telah mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.
“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis tersebut.
“Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.
Syed Atif berkata, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli-ahli pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.
“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegasnya.
Sementara itu, Sinar Harian sudah menghubungi Ahmad Maslan berhubung isu tersebut, namun masih belum menerima sebarang pengesahan.
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#surat aduan pelanggaran parti UMNO
#Syed Aliff Syed Abu Bakar
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan