Tun Daim belum terima surat pengguguran

Bernama
Mei 5, 2018 12:15 MYT
Daim (gambar) serta seorang lagi veteran UMNO Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuatkuasa semalam susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti. - Gambar fail
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata beliau masih belum menerima surat penggugurannya daripada UMNO.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir majlis Dialog Tun Daim Bersama Pengundi Muar di sini, petang ini.
Daim serta seorang lagi veteran UMNO Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuatkuasa semalam susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti.
BACA: Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat pengguguran keanggotaan itu dihantar kepada Daim dan Rafidah semalam, sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.
Tengku Adnan berkata seorang lagi veteran parti Tan Sri Dr Rais Yatim masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
-- BERNAMA
#gugur #pemecatan #Rafidah Aziz #Rais Yatim #Tengku Adnan #Tengku Adnan Tengku Mansor #UMNO