Tun Dr Siti Hasmah diumum sebagai Tokoh Srikandi Negara

Rahimah Abdullah
Disember 29, 2018 10:00 MYT
Beliau merupakan tokoh pertama yang menerima anugerah berkenaan - FotoBernama
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diumumkan sebagai Tokoh Srikandi Negara.
Beliau merupakan tokoh pertama yang menerima anugerah berkenaan.
Pengumuman dibuat selepas ucapan penggulungan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Rina kepada wakil Dr Siti Hasmah, iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan berakhir pada Ahad ini merupakan persidangan pertama bagi sayap-sayap Bersatu iaitu Srikandi dan Armada.
#Anugerah Srikandi #ARMADA #Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu #Rina Harun #Siti Hasmah #Srikandi #Tokoh Srikandi Negara #Tun Dr Siti Hasmah Mohamad