awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Faisal, Mahathir dilantik Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2024
02:10 MYT
Tun Faisal, Mahathir dilantik Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan
Tun Faisal (kiri) dan Mahathir. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mahathir Md Rais dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Bersatu Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada Isnin.
Bersatu Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan lantikan baharu itu dibuat susulan pelantikan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada November lalu.
“Mesyuarat berkenaan yang berlangsung pada Isnin telah sebulat suara bersetuju dengan lantikan jawatankuasa baharu bagi menguatkan struktur kepimpinan peringkat tertinggi Bersatu Wilayah Persekutuan,” kata kenyataan itu pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, Bersatu telah melantik barisan baru melibatkan Timbalan Ketua, Mohd Badrul Ezan; Setiausaha, Mahathir Md Rais dan Bendahari, Zamzuri Muhammad manakala bagi jawatan Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
“Dengan kepelbagaian latar belakang, profesion dan pengalaman, barisan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan yang baru dilantik, Bersatu Wilayah Persekutuan berazam menjadi salah satu platform politik untuk warga kota serta bersama-sama mendepani cabaran semasa pentas politik negara.
"Dasar Parti Bersatu akan menjadi teras dalam setiap agenda dan gerak kerja ahli jawatankuasa baharu yang telah dilantik,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, personaliti dan kredibiliti Mohd Radzi yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu memberi imej serta nafas baharu kepada Bersatu serta warga kota berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai bekas Menteri Pendidikan Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu Wilayah Persekutuan
#lantikan baharu
#tun faisal ismail aziz
#Mahathir Md Rais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan