'Tun M kata cukup bangga dengan kemenangan PH' - Anwar

Diyana Ibrahim
Oktober 13, 2018 15:25 MYT
Dengan kemenangan Anwar di Port Dickson beliau, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "cukup bangga" dengan kemenangan Pakatan Harapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau telah menghubungi Dr Mahathir sebaik saja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson diumumkan.
“Saya baru saja telefon Dr Mahathir memaklumkankan beliau (keputusan PRK). Beliau menyatakan cukup bangga dengan keputusan malam ini,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama, Port Dikcson.
Sidang media dibuat sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Anwar menang dengan majoriti besar 23,560 undi.
Dengan kemenangan Anwar di Port Dickson beliau, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin ini.
Peratusan keluar mengundi semasa Hari Pengundian Awal pada 9 September lalu yang melibatkan anggota polis dan tentera adalah 63%.
Parlimen Port Dickson mempunyai lima Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut, merangkumi 43% pengundi Melayu, Cina (33%), India (22%) dan lain-lain kaum (2%).
BACA: Anwar menang besar di Port Dickson
Kerusi Parlimen Port Dickson ini dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68 tahun, pada 12 September lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.
#Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #pilihan raya kecil #Port Dickson #PRK #PRK Port Dickson #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya