awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tun M lupa pepatah sendiri' - KJ

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
30/11/2016
06:43 MYT
'Tun M lupa pepatah sendiri' - KJ
Ketika membidas pepatah berkenaan, Khairy bagaimanpun menyatakan, di dalam sebuah puisi bahawa pemuda tidak akan lupa jasa yang pernah disumbangkan bekas Presiden UMNO itu. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pepatah 'Melayu Mudah Lupa' yang pernah dilaungkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, dibidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasar Pemuda UMNO.
Dengan terbuka dan lantang, Khairy menentang tindakan Tun Mahathir yang berpaling tadah dan belot kepada parti.
Ketika membidas pepatah berkenaan, Khairy bagaimanpun menyatakan, di dalam sebuah puisi bahawa pemuda tidak akan lupa jasa yang pernah disumbangkan bekas Presiden UMNO itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)
"Melayu Mudah Lupa, Melayu mudah lupa. Wahai Tun, kami di dewan ini juga ingin berpuisi Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini bukan sepertimana yang disebut oleh Tun.
Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini tak mudah lupa, Melayu dalam dewan ini hormat pengorbanan Tun. Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun. Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun. Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun. Juga ingat diktatorship Tun. Juga ingat kepincangan Tun. Juga ingat penyelewengan di zaman Tun. Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.
Dan yang akan kami paling ingat, Yang Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat, Adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini. Keghairahan Tun tubuh parti untuk melawan kami, Kesanggupan Tun menghina parti Keramat ini. Kerakusan Tun membunuh parti UMNO ini.
Jasa Tun akan sentiasa kami kenang, Tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang."
Pada masa sama, Khairy berpesan, agar tidak memandang rendah kepada parti serpihan yang ditubuhkan Tun Mahathir untuk melawan UMNO.
Katanya, sebagai orang yang pernah berada dalam UMNO, pastinya kelemahan UMNO menjadi kekuatan buat mereka.
"Ahli-ahli mereka ramai terdiri daripada orang yang satu ketika dahulu bersama kita dalam UMNO. Malah kita sudah dengar cerita bahawa ada arahan dari pimpinan Parti Pribumi untuk ahli UMNO yang sudah berpaling tadah dan mahu berhijrah kepada Parti Pribumi untuk sorokkan dahulu pertukaran, sembunyikan dahulu pembelotan dan senyapkan dahulu pengkhianatan - dan hanya muncul untuk mengejutkan UMNO dengan serangan hendap ketika semboyan kempen sudah berbunyi apabila sudah terlewat untuk kita bertindak dan jentera pilihan raya dilumpuhkan oleh sabotaj dalaman," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Khairy Jamaluddin
#Parti Pribumi
#Perhimpunan Agung UMNO 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan