awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M pamer diri jadi 'Big Boss' PPBM - AzwanBro

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2017
14:26 MYT
Tun M pamer diri jadi 'Big Boss' PPBM - AzwanBro
KHAIRUL AZWAN: Dr. Mahathir disifatkan menunjukkan kuasanya di dalam PPBM apabila menentukan hala tuju parti dengan meminggirkan presiden parti sendiri. - Gambar fail
Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan menunjukkan kuasanya yang sebenar di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila menentukan hala tuju dan matlamat parti dengan meminggirkan presiden parti itu sendiri.
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata, tindakan bekas perdana menteri itu sudah jelas membuktikan sikap gila kuasa dan mengenepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam bersuara.
"Ia amat terang lagi bersuluh di mana Tun Mahathir menggunakan pentas semalam mempamerkan dirinya sebagai 'The Big Boss' bagi PPBM. Muhyiddin sebagai Presiden jelas dipinggirkan pada masa Tun Mahathir sendiri yang menentukan hala tuju dan matlamat parti.
"Saya percaya Tun Mahathir mempersiapkan landasan ini untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk memenuhi impiannya menjadi perdana menteri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Ketika berucap dalam majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor malam tadi, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi parti itu turut membayangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan akan diagihkan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Kenyataan Dr Mahathir itu turut disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'jaguh U-turn' apabila sering mengubah pendirian termasuk dalam isu pemberian BR1M.
Perdana Menteri berkata, pada 26 Disember lalu, Dr. Mahathir membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dalam pada itu jelas Khairul Azwan, ketidakhadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menimbulkan tanda tanya.
"Pelbagai alasan bakal diberi oleh mereka kelak. Ia juga dilihat sebagai satu jenaka kerana Tun Mahathir telah dengan gembira hadir konvensyen DAP baru-baru ini.
"Apa juga cerita mereka, saya percaya perancangan sulit untuk menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri dan Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri masih wujud," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Khairul Azwan Harun
#Pemuda UMNO
#PPBM
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Tun Dr. Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan