awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tun Mahathir banyak buat kerosakan, saya sedia kemuka bukti" - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/04/2023
07:23 MYT
"Tun Mahathir banyak buat kerosakan, saya sedia kemuka bukti" - PM Anwar
Anwar sewaktu berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengemukakan bukti berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berunsur fitnah.
Anwar yang juga Presiden PKR itu menyatakan, Tun Mahathir dilihat membawa terlalu banyak elemen negatif terhadap bangsa Melayu.
"Pentadbiran dia (Tun Mahathir) ada baiknya tetapi kerosakan yang dibuat agak banyak kalau nak bercakap mengenai soal bangsa Melayu.
"Dia selalu cakap Melayu malas, tidak berterima kasih dan semua yang negatif ini tidak betul.
"Ada juga bangsa lain yang malas, yang mudah lupa pun ada juga tetapi janganlah sampai menghina, Melayu telah lahirkan ramai golongan pemikir... ini semua masalah minda kolonial.
"Dia minta bukti saya akan kemuka bukti, tiada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan Tun Mahathir sebelum ini yang memberi tempoh tujuh hari untuk beliau menarik semula kenyataannya atau behadapan tindakan undang-undang.
Anwar berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM, hari ini.
Pada 18 Mac lalu, Anwar dalam ucapannya dilapor menyelar sikap seorang bekas pemimpin yang dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu dan mendakwa mereka tertindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Tidak menamakan secara khusus siapa individu terbabit, Anwar hanya memberi gambaran dengan angka '22 tahun dan 22 bulan’ yang merujuk kepada tempoh pentadbiran.
Kenyataan Anwar yang juga Presiden PKR itu turut menyentuh mengenai individu berkenaan membolot harta bagi keluarga dan anak-anaknya.
Sebelum ini, Tun Mahathir juga bersetuju memberikan tempoh lanjutan kepada Anwar Ibrahim bagi menjawab segala dakwaan.
Mahathir beri tempoh tujuh hari kepada Anwar
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#berunsur fitnah
#bangsa melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan