Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu yang terlalu obses dalam menjatuhkan kerajaan.
Beliau berkata, Tun Mahathir jelas sekali tidak mempedulikan institusi negara yang mana beliau sering memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir dan memimpin kerajaan akar umbi.
"Beliau (Tun Mahathir) terlalu obses untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Pada dia, biarlah negara ini hancur, biarlah institusi-institusi kemelayuan itu hancur, biarlah parti keramat Melayu iaitu UMNO ini hancur.
"Asalkan beliau puas hati menjatuhkan Datuk Seri Najib sampaikan dia sanggup untuk dipergunakan oleh DAP," katanya.
Beliau berkata demikian sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Inanam Kali Ke 28 dan Majlis Perasmian Agrobazaar, Penyampaian Zakat dan Bantuan Khas Subsidi Padi Bukit di Taman Fuliwa, Inanam, di sini, hari ini.
Jelas Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir tidak harus memperjudi dan mencemarkan maruahnya dalam menaikkan nama serta parti baharu beliau hanya untuk menentang Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Sementara itu, Rahman yang juga calon BN P.171 Sepanggar berkata majlis yang diadakan ini adalah cukup bersejarah baginya kerana Datuk Jumat Idris turut hadir bagi merasmikan majlis sekali gus menamatkan spekulasi 'percakaran' antara mereka berdua.
"Tiada perpecahan. saya sudah bagitahu dari awal saya konsisten bahawa kita mahu supaya Datuk Jumat berada di dalam warga besar BN.
"Kita tahu beliau (Datuk Jumat) tidak akan menderhaka ataupun berpaling tadah kerana beliau antara orang yang memperkasakan UMNO di kawasan ini. Jumat juga merupakan seorang individu yang bekerja kuat dalam memastikan UMNO masih utuh dan kuat," katanya.
Fifi Harteeny Marzuki
Thu May 03 2018
Abdul Rahman (dua, kanan) bersama Jumat (kiri) pada Majlis Perasmian Agrobazaar, Penyampaian Zakat dan Bantuan Khas Subsidi Padi Bukit di Taman Fuliwa, Inanam.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).