Skip to main content

Politik

Tun Mahathir seru pengundi Melayu utamakan calon Melayu tanpa mengira parti

41721280493_TunDrMahathir.jpg
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa tanpa Tanah Melayu, bangsa Melayu akan hilang di dunia dan menjadi bangsa yang tidak mempunyai negara. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru pemimpin parti, penyokong serta semua pengundi Melayu supaya mengutamakan calon Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU), tanpa mengira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi satu hantaran di Threads hari ini yang bertajuk ‘Surat terbuka kepada pemimpin parti, penyokong serta kesemua pengundi Melayu', beliau berkata orang Melayu akan berhadapan dengan pilihan calon pada setiap PRU, yang menurutnya memberi kesan besar terhadap masa depan Tanah Melayu.

“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.

“Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya dalam hantaran sama.

Dalam hantaran itu, beliau turut menyatakan bahawa kesetiaan orang Melayu adalah kepada bangsa Melayu.

“Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu. Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini,” kata beliau dalam hantaran sama.

Beliau turut mendakwa bahawa tanpa Tanah Melayu, bangsa Melayu akan hilang di dunia dan menjadi bangsa yang tidak mempunyai negara.

Must Watch Video

Advertisement