awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim

Amirul Aiman
Amirul Aiman
23/10/2024
04:15 MYT
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
TUAN IBRAHIM: Tanggungjawab menyediakan bajet adalah milik kerajaan, dan pembangkang akan meneliti serta mencadangkan penambahbaikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti pembangkang tidak perlu membentangkan bajet bayangan mereka. Demikian menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.
Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, peranan semak dan imbang pembangkang bukan dilaksanakan melalui penyediaan bajet bayangan.
"Pembangkang berperanan dalam semak dan imbang melalui penilaian bajet, bukan dengan menyediakan bajet bayangan.
“Tanggungjawab menyediakan bajet adalah milik kerajaan, dan pembangkang akan meneliti serta mencadangkan penambahbaikan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang mengajak PN memainkan peranan semak dan imbang dengan mengemukakan bajet bayangan selepas Belanjawan 2025 dibentangkan Jumaat lalu.
Tuan Ibrahim berpendapat, kenyataan Sim mencerminkan kurangnya keyakinan terhadap bajet kerajaan sendiri.
"Saya nampak kenyataan beliau menunjukkan tiada keyakinan terhadap bajet kerajaan, sehingga mahu lihat bajet pembangkang," tambahnya.
Dalam pembentangan di Dewan Rakyat minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan belanjawan tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion.
Ia meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#bajet bayangan
#Belanjawan 2025
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan