awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tunjuk bukti PN tak rasuah pengundi' - Isham Jalil

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/01/2023
00:40 MYT
'Tunjuk bukti PN tak rasuah pengundi' - Isham Jalil
Isham (kiri), Hamzah (kanan).
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) diminta untuk menunjukkan bukti kukuh yang didakwa bahawa mereka tidak merasuah pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil meminta Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bukti berkenaan agar rakyat boleh menilai dan untuk mengelakkan fitnah sekiranya mereka di pihak yang benar.
"Cuba cerita sikit apakah niat PN beri duit kepada pengundi sewaktu pilihanraya itu, Hamzah? Kamu kata kamu ada bukti kukuh yang PN kononnya tidak rasuah pengundi semasa pilihanraya lepas.
"Jelaskan sekali berkenaan banyak video yang tular dan laporan polis yang dibuat berkenaan orang-orang PN beri duit kepada pengundi dan meminta penerima duit bersumpah atas nama Allah supaya undi Pas.
"Menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi adalah sesuatu yang keji dan kemudian menipu untuk menutup amalan rasuah tersebut bukanlah sesuatu strategi yang baik, ia umpama menggali lubang yang lebih dalam untuk tanam diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Hamzah sebelum itu mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan PN melakukan sogokan wang kepada pengundi pada PRU-15 (PRU15).
Hamzah juga berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu tidak benar.
Mengulas lanjut, Isham menasihati PN untuk tidak memperguna dan menunggang agama bagi menghalalkan perbuatan yang haram.
"Yang haram tetap haram. Allah maha mengetahui apa yang kamu dan rakan-rakan kamu buat. Bertaubatlah. Salam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Isham Jalil
#Hamzah Zainuddin
#pemberian duit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan