UMNO calonkan semula Tok Mat di Rantau - Zahid Hamidi

Bernama
November 16, 2018 09:31 MYT
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Perkara tersebut dinyatakan oleh presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di akaun Twitter beliau.
Ia susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini bahawa kemenangan Mohamad di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.
Ahmad Zahid menyifatkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu sudah dijangkakan dan jentera parti akan digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi PKR tersebut.

Keputusan mahkamah utk PRK DUN Rantau sudah dijangkakan. Umno akan mencalonkan semula DSU Mohamad Hassan. Jentera BN akan digerakkan sepenuhnya. Biarpun banyak kekangan & halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan. Demi maruah & kesinambungan mari UMNO/BN perkasa kesatupaduan.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) November 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr S. Streram memfailkan petisyen pada 23 lalu bagi mencabar kemenangan Mohammad.
Mohamad, yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lalu kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
-- BERNAMA
#Menteri Besar #Mohamad Hasan #Negeri Sembilan #PAS #PKR #PRU14 #Suruhanjaya Pilihan Raya #Tok Mat #UMNO #Zahid Hamidi