SHAH ALAM: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan bahawa parti tersebut berada dalam dilema ketika ini apabila tidak menguasai kerajaan sepenuhnya.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat membuat keputusan untuk menggantikan barisan kabinet yang dianggap gagal dalam kerajaan.
Jelasnya, ini kerana dikhuatiri apabila kedudukan digantikan, terdapat ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.
“UMNO berada dalam kedudukan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Perdana Menteri daripada UMNO tetapi UMNO tidak menguasai kerajaan. Bila desakan untuk melakukan rombakan kabinet, saya sangat bersimpati dengan kedudukan beliau.
“Siapa lagi yang beliau boleh lantik menggantikan ahli jemaah menterinya yang gagal. Beliau bukan mempunyai banyak pilihan daripada ahli Parlimen sedia ada.
“Umum pun tahu, beliau mewarisi jemaah menteri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tumbang. Hampir semua penyumbang yang gagal ini terus berada dalam kerajaan Ismail Sabri.
“Hendak dibuang siapa dan siapa gantinya sangat tertakluk kepada sokongan parti masing-masing. Silap perhitungan, mereka akan menarik sokongan,” katanya dalam portal UMNO Online pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, UMNO tidak boleh membiarkan Ismail Sabri keseorangan agar parti tersebut tidak terkena tempias dituduh gagal oleh rakyat.
Jelasnya, UMNO sedang berusaha keras mencari strategi untuk keluar dari kemelut tersebut.
“Beliau adalah wakil UMNO dan beliau sepatutnya menjadi suara UMNO. Kalau beliau gagal, UMNO yang dituduh gagal. Jadi UMNO tidak boleh membiarkan perkara ini terusan begini.
“Kita tidak mahu kebencian rakyat terhadap PH (Pakatan Harapan) dan PN sebelum ini, menjatuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.
“Parti sedang bekerja keras untuk mencari strategi keluar dari kemelut ini. Tetapi buat masa sekarang, dilema UMNO ini akan berterusan,” ujarnya.
Jelas beliau, kedudukan Ismail Sabri yang kini hanya bergantung kepada parti-parti kecil dalam kerajaan menyukarkan lagi untuk membuat sebarang tindakan.
“Menyalahkan Perdana Menteri kerana kelemahan ketara kerajaan sekarang amatlah senang. Tetapi jika kita berada dalam kedudukan beliau, mungkin kita juga akan sukar melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.
“Perdana Menteri bukan tidak mengerti betapa keyakinan rakyat terhadap kerajaannya semakin menurun drastik.
“Yang terpukul ialah UMNO. Kerana setiap kelemahan kerajaan, UMNO yang akan menerima bukan sekadar tempias, tetapi ‘the hurricane of people’s anger’ atau ribut taufan kemarahan rakyat,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Sat Jan 08 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat membuat keputusan untuk menggantikan barisan kabinet yang dianggap gagal dalam kerajaan, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Gambar SINAR HARIAN

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/thumbnails/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

UKSB taja Zahid Hamidi, isteri melancong ke luar negara, sambut hari jadi, raya
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.

Ini yang ibu bapa perlu lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menekankan tentang isolasi serta penjagaan kebersihan yang serius untuk mengendalikan anak yang dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD).

Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Rozmi Ismail menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kes buli untuk menjaga reputasi sekolah hanya akan menyebabkan isu itu terus berlaku.

Apa itu HFMD dan bagaimana mengendalikannya?
Pakar Pediatrik, Imunologi dan Alergi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia, Dr Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan penyakit tangan, kuku dan mulut (HFMD) berpunca daripada virus Enterovirus EV71 dan Coxsakievirus A16.

Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.

UMNO dalam dilema, kata Khaled Nordin
UMNO berada dalam dilema ketika ini apabila tidak menguasai kerajaan sepenuhnya, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.