awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKR Kelantan laksana kajian pembaikan cerun runtuh LRA Bukit Merah
MALAYSIA
Garis panduan terbaru industri kecantikan siap, dibawa ke Kabinet - Fuziah
DUNIA
Phumtham dilantik sebagai Pemangku PM Thailand selepas Kabinet angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
22/12/2024
12:45 MYT
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Sembilan di sebuah hotel, hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberikan keutamaan.
"Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive.
"Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16," katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyatakan keyakinan Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU diadakan dalam tempoh terdekat.
Ahmad Zahid pada masa yang sama turut menegaskan ketaatan dan kesetiaan adalah perkara keutamaan dalam kepimpinan parti.
Selain itu, beliau turut memuji barisan menteri BN yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk Menteri Luar Mohamad, yang menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Dalam ucapannya sebelum itu, Ahmad Zahid turut menggesa pemimpin BN supaya memperkukuh struktur dalaman parti, mendekati rakyat dan memahami aspirasi generasi muda, pemerkasaan teknologi dan media sosial, dan menggerakkan jentera secara menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Permasalahan timbul dalam PRU14 dan PRU15 ialah ramai pemain sepatutnya ada semangat sepasukan tetapi tendang bola dalam gol sendiri, akhirnya kecundang.
"Hakikatnya kita mesti berperanan di posisi masing-masing sebagai pemain dalam pasukan bola agar kemenangan memihak kepada kita, pasukan BN jangan tendang bola ke dalam gol sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#PRU16
#menang
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami