awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO dan Kerajaan Perpaduan perlu urus keputusan Lembaga Pengampunan dengan baik - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2024
09:37 MYT
UMNO dan Kerajaan Perpaduan perlu urus keputusan Lembaga Pengampunan dengan baik - Penganalisis
Mujibu menjelaskan, isu ini boleh dieksploitasi oleh pembangkang untuk menyerang dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diurus dengan pantas.
Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis, keputusan yang dibuat ini akan memberi persepsi negatif kepada pengundi atas pagar dan mereka yang tidak memahami proses undang-undang.
Mujibu menjelaskan, isu ini boleh dieksploitasi oleh pembangkang untuk menyerang dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan.
"Kalaulah isu ini berjaya dimainkan oleh pihak tertentu yang mengeksploitasi dan memberikan persepsi dan konotasi yang negatif terutamanya, ini boleh dijadikan naratif untuk menyerang Pakatan Harapan.
"Seperti mana kes Datuk Seri Zahid dieksploitasi dengan baik ketika pilihan raya negeri yang lalu, maka mungkin ini akan memberikan kelebihan kepada parti lawan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.
"Saya melihat isu ini perlu diurus dengan pantas dan perlu diberikan penerangan yang sewajarnya kerana ini memberikan persepsi negatif kepada kelompok atas pagar dan kelompok yang tidak memahami politik dan sistem perundangan secara terperinci.
"Justeru UMNO dan kerajaan perpaduan dalam menerangkan hal ini adalah perkara paling menarik untuk diperhatikan selepas pengumuman ini berlaku," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan hukuman penjara keatas Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun.
Manakala hukuman denda terhadap bekas perdana menteri itu dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menurut kenyataan tersebut, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan iaitu pada 23 Ogos 2029.
Topic Berkaitan
#lembaga pengampunan
#Najib Razak
#Kerajaan Perpaduan
#pengampunan Najib
#Mujibu Abd Muis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan