UMNO dan PAS, bergabunglah demi Islam dan Melayu- Presiden PAAK

Astro Awani
Januari 13, 2018 22:20 MYT
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuka lebaran baharu hubungan UMNO dan PAS menerusi kerjasama dalam isu berkaitan umat Islam dan Melayu - Gambar Astro AWANI
Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung.
Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk persaudaraan sesama Melayu Islam.
Menurut presidennya, Datuk Suzainal Adnan Sukri, kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berlapang dada dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing.
“Pada pendapat saya memang wajarlah, sebab UMNO dan PAS menuju kepada matlamat dan hasrat yang sama.
“Kita ni seluruh NGO berharap agar satu hari nanti PAS dan BN ni bersatu,” katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah tokoh tokoh NGO Islam kebangsaan di sini malam tadi.
Jelasnya lagi kemunculan parti politik serpihan menyebabkan ramai kalangan umat Melayu Islam berpecah dengan meletakkan kepentingan parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.
Tambahnya sekiranya keadaan ini berlarutan ianya merugikan ramai pihak kerana akan menjadikan masyarakat berpuak-puak
#ayahanda #Barisan Nasional #Melayu #NGO #PAAK #PAS #politik #UMNO