awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO iktiraf apa berlaku pada Anwar sebagai penzaliman - Shahril Hamdan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2023
11:17 MYT
UMNO iktiraf apa berlaku pada Anwar sebagai penzaliman - Shahril Hamdan
Menurut Shahril, kenyataan Ahmad Zahid itu menunjukkan bahawa UMNO pertama kali mengiktiraf dan menyifatkan apa yang berlaku kepada Anwar pada 25 tahun lalu itu sebagai satu kesalahan. - Fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: “Ini kali pertama UMNO atau Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiktiraf apa yang berlaku pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 sebagai satu penzaliman,” kata bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Shahril merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Menurutnya, kenyataan itu menunjukkan bahawa UMNO pertama kali mengiktiraf dan menyifatkan apa yang berlaku kepada Anwar pada 25 tahun lalu itu sebagai satu kesalahan.
“PMX yang mana pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu dan perkara itu disebut juga oleh Ahmad Zahid.
“Dia kata 25 tahun dulu, (Anwar) dizalimi, itu ayat Datuk Seri Ahmad Zahid. Ini kali pertama UMNO mengiktiraf apa yang berlaku pada 25 tahun lalu sebagai sesuatu yang salah kepada Anwar.
“Tak tahulah sama ada perkara itu mengejutkan atau tidak, tetapi pastinya ‘noted worthy’, antara beberapa perkara menarik disebut oleh Presiden UMNO dalam ucapan beliau,” katanya ketika dalam Program Podcast Keluar Sekejap pada Isnin.
Turut hadir ke program tersebut ialah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pada Ahad, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata bahawa Anwar dahulu pernah diaibkan dan dizalimi pada 25 tahun yang lalu sebelum menjadi Perdana Menteri ke-10.
Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu, beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas 16 tahun lebih berada dalam kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shahril Hamdan
#Anwar Ibrahim
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan