awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Johor terus membina parti, bukan meruntuhkan - Khaled Nordin

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2015
10:41 MYT
UMNO Johor terus membina parti, bukan meruntuhkan - Khaled Nordin
KHALED: Kita telah lama memainkan peranan membina dan mengukuhkan parti melalui pemikiran dan manhaj yang berkemajuan. - Gambar fail
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan perhubungan Johor akan terus membina parti itu, bukan meruntuhkannya.
Menurut beliau, UMNO Johor sentiasa mendukung gerakan yang progresif dan sederhana.
"Kita telah lama memainkan peranan membina dan mengukuhkan parti melalui pemikiran dan manhaj yang berkemajuan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor, mengajak semua pihak untuk mencari jalan muafakat untuk UMNO yang lebih baik dan berpadu, kembali kepada agenda Melayu.
Beliau berkata parti bangsa Melayu itu mesti terus menjadi instrumen paling penting untuk memajukan bangsa, sekaligus terus meneroka denai penyelesaian yang inklusif dan terbaik kepada segala kemelut.
"Utarakan segala pandangan dengan cara paling sopan tetapi tegas. Luahkan segala yang terbuku dengan adab paling terpuji.
"Parti mesti dipastikan jadi lebih kuat dan kembali diyakini. Tak perlu berpecah. Tak perlu menimbulkan pergeseran yang memusnahkan," katanya lagi.
"Sesungguhnya setiap perhimpunan adalah peluang kita untuk mencari pencerahan bagi UMNO," katanya, sambil menyeru perwakilan agar mengutamakan disiplin dan mempamerkan tata susila yang disenangi.
Beliau juga mengingatkan agar jangan sesekali melakukan tindakan yang mengikut emosi yang mampu merosakkan parti.
Topic Berkaitan
#Johor
#membina parti
#Mohamed Khaled Nordin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan