POLITIK
UMNO Kelantan persoal sikap Pas dalam isu MN

Zailuzi juga menjelaskan, UMNO Kelantan akur dengan sebarang keputusan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai menghormati organisasi yang dinaungi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:UMNO Kelantan bersedia untuk bertembung dengan calon Pas calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti ekoran sikap Pas yang dilihat seolah-oleh mengenepikan Muafakat Nasional (MN).
Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan, Akbar Salim berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam HarakahDaily dan Malaysiakini yang diterbitkan pada 2 Disember lalu memberi bayangan seolah-olah MN bukan lagi keutamaan Pas.
"UMNO Kelantan kurang jelas sama ada Pas masih ingin meneruskan MN atau sebaliknya.
"Sekiranya Pas lebih cenderung untuk mengenepikan MN yang telah disepakati, UMNO dan BN Kelantan bersiap sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen PRU-15," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Zailuzi juga menjelaskan, UMNO Kelantan juga akur dengan sebarang keputusan Presiden pari itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai menghormati organisasi yang dinaungi.
Katanya, ia termasuklah keputusan berkaitan situasi di DUN Perak dan juga kedudukan kerajaan Pusat.
"UMNO Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama parti Pas dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami