POLITIK
'UMNO masih dibelenggu 'denial syndrome’, perlu berani hadapi realiti' - Akmal Salleh
Dr Akmal berkata, sikap menafikan realiti dan terlalu selesa dengan kedudukan dalam kerajaan hanya akan menyebabkan parti itu terus kehilangan sokongan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : UMNO masih dibelenggu dengan sindrom penafian apabila gagal mengakui kelemahan sendiri meskipun telah berdepan beberapa kekalahan dalam pilihan raya.
Ringkasan AI
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh ketika Sesi Peggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini.
Beliau berkata, sikap menafikan realiti dan terlalu selesa dengan kedudukan dalam kerajaan hanya akan menyebabkan parti itu terus kehilangan sokongan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.
"UMNO tidak boleh sekadar berpuas hati dengan sorakan dalam dewan atau kedudukan sebagai sebahagian daripada kerajaan, sebaliknya perlu menilai secara jujur sama ada usaha kepimpinan benar-benar dirasai rakyat di bawah.
“Kita kalah dua kali, tetapi masih kata tidak mengapa. Hari ini kita jadi kerajaan, tetapi adakah kita hanya mahu jadi serpihan kerajaan? Tepuk dada tanya iman, adakah rakyat benar-benar rasa kerja kita?” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan budaya hanya menyampaikan perkara yang sedap didengar kepada kepimpinan tertinggi perlu dihentikan, sebaliknya kebenaran walaupun pahit mesti disuarakan demi kelangsungan parti.
Dr Akmal berkata, pengalaman lalu membuktikan bahawa pelbagai bantuan dan dasar kerajaan tidak menjamin kemenangan pilihan raya sekiranya parti gagal memahami sentimen sebenar rakyat.
“Ubat itu memang pahit, tetapi ubat itulah yang akan mengubat luka. Kalau kita buat perkara yang sama, hasilnya juga akan sama,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan perwakilan UMNO supaya berani membawa suara akar umbi kepada kepimpinan, bukannya sekadar bersetuju di hadapan tetapi meluahkan rasa tidak puas hati di belakang.
Beliau turut mengingatkan bahawa masa depan UMNO kini berada di tangan ahlinya sendiri, sama ada untuk bangkit semula atau terus merosot akibat kegagalan memperbetulkan kelemahan dalaman.
“Pemuda lantang bersuara bukan kerana benci, tetapi kerana terlalu sayangkan parti ini,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- UMNO masih mengalami sindrom penafian terhadap kelemahan sendiri walaupun mengalami kekalahan dalam pilihan raya, menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegur keperluan untuk menghentikan budaya menyampaikan perkara yang sedap didengar kepada kepimpinan dan menyeru agar kebenaran, walaupun pahit, disuarakan demi kelangsungan parti.
- Ahli dan perwakilan UMNO digesa untuk berani membawa suara rakyat kepada kepimpinan serta memperbetulkan kelemahan dalaman bagi memastikan masa depan parti.