UMNO nafi ibu pejabatnya digeledah

Astro Awani
Oktober 12, 2018 06:39 MYT
'Hanya operasi kemas kini dan tugasan harian' - Foto FB UMNO
UMNO menafikan ibu pejabatnya digeledah atau diserbu secara serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penafian itu dibuat oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan di laman Facebook rasmi parti itu sejurus selepas maklumat itu viral di media sosial hari ini.
"Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan Umno sendiri yang sedang melakukan kemas kini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya kata beliau, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.

#Facebook #geledah #Ibu pejabat #media sosial #PDRM #Polis Diraja Malaysia #SPRM #UMNO