UMNO Pahang kena contohi Pas Kelantan - Ketua Bahagian

Sinar Harian
September 26, 2018 01:29 MYT
Susulan tindakan beberapa pemimpin meninggalkan UMNO, Nazri menyifatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi lebih setia. - Gambar fail
UMNO perlu mencontohi kepimpinan Pas Kelantan yang kekal berjuang hingga berjaya kekal mentadbir negeri itu sehingga kini.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, kepimpinan parti tersebut juga turut berjaya menarik sokongan pelbagai kaum lain.
"Ini dapat dilihat ketika kita sama-sama berkempen pada tiga PRK sebelum ini sehingga mampu kurangkan majoriti pengundi biarpun kemenangan masih berpihak kepada PH," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Cabaran Senaman Kecergasan Dua Jam Tanpa Henti, program anjuran Puteri UMNO Jerantut dan Aerostyle Fit Studio, di sini baru-baru ini.
Sementara itu mengulas tindakan beberapa pemimpin UMNO meninggalkan parti tersebut, Nazri menyifatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi lebih setia.
Ujarnya, tindakan keluar parti itu seolah-olah perjuangan mereka sebelum ini hanya untuk kepentingan peribadi sahaja.
"Semasa mereka dalam kerajaan BN, mereka bertungkus lumus buat kerja, tetapi mereka lari apabila kita tewas kepada PH," katanya.
Menurutnya lagi, beliau telah menasihati kepimpinan dan ahli UMNO Bahagian agar terus setia bersama parti itu.
#Barisan Nasional #contoh #Jerantut #keluar parti #kempen #kepimpinan #Nazri Ngah #PAS #Pas Kelantan #pilihan raya kecil #tinggal parti #UMNO #UMNO Pahang