POLITIK
UMNO pandang serius peletakan jawatan Tengku Zafrul untuk sertai PKR
Asyraf Wajdi berkata, UMNO memandang serius niat peletakan jawatan Tengku Zafrul kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO memaklumkan belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada parti Melayu itu.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO juga memandang serius niat peletakan jawatan Tengku Zafrul kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya," katanya.
Asyraf Wajdi menambah, langkah tersebut bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan.
Jelas beliau lagi, tindakan itu boleh mencetuskan prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan serta kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi.
Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO dan telah meminta nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau dalam kenyataan sama turut menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden dan Setiausaha Agung parti tersebut, dan akan mengikuti proses permohonan lazim.