UMNO masih gagah bertahan selama 72 tahun dan menjadi parti yang paling lama berkuasa di dunia kerana bersifat ultra populis, kata Bendaharinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini kerana, UMNO peka dengan keperluan rakyat, memahami aspirasi rakyat, menjaga hubungan baik dengan parti komponen, melindungi rakyat semua kaum, membantu rakyat miskin, dan menjaga kebajikan rakyat.
Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata UMNO hari ini adalah parti hebat yang akan memastikan Melayu tidak hilang di dunia malah kekal maju dan progresif.
"Semua ini boleh dicapai kerana UMNO di bawah kepimpinan sekarang adalah parti demokrasi ultra populis yang mendapat sokongan padu majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya menerusi catatan terbaharu blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Menurutnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, parti keramat orang Melayu itu telah menjadi lebih baik.
"Kepimpinannya adalah demokratik dan Islamik. Dikatakan demokratik kerana Najib boleh menerima perbezaan politik dan tidak pernah ada dalam rekod kepimpinannya yang rakyat mati atau cedera kerana perbezaan parti.
"Dikatakan Islamik kerana beliau sedia mengetepikan perbezaan politik dengan PAS demi kepentingan Islam, dan menjalin hubungan baik dengan kerajaan PAS Kelantan demi kesejahteraan orang Melayu Islam di negeri itu," katanya.
Salleh berkata Najib turut memperkenalkan Indeks Syariah, yang pertama seumpamanya di dunia, untuk menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.
Hasil usaha ini, katanya, Skor Indeks Syariah Malaysia pada 2017 adalah 76.06 peratus yang meningkat 0.64 peratus berbanding skor pada 2015 iaitu 75.42 peratus.
Beliau berkata di bawah kepimpinan Najib, UMNO juga semakin mantap membela Raja-Raja Melayu selain mempertahankan bangsa Melayu dan Bumiputera.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018
UMNO hari ini adalah parti hebat yang akan memastikan Melayu tidak hilang di dunia malah kekal maju dan progresif. - Foto fail Bernama
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.
Jumlah wanita dalam bidang kepimpinan di ASEAN adalah rendah - Laporan
Usaha perlu dipergiat bagi mempromosi peranan wanita dalam meningkatkan produktiviti dan memperkukuh pemuliharaan ekosistem.
Ketua-ketua Pemuda BN zahir sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri
Ketua-Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wanita dalam STEM perlu tampil sebagai contoh teladan
Hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih bidang yang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di peringkat pengajian tinggi.
Contohi akhlak dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Anwar
Keperibadian Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan manusia biasa menjadi bukti bahawa sesebuah kepimpinan itu mampu diterajui dengan baik apabila ia berpandukan akhlak seseorang individu.
Golongan wanita diseru sertai bidang politik
Ketengahkan bakat dalam bidang kepimpinan terutamanya dalam arena politik.
Asah kemahiran kepimpinan dari sekolah lagi - Raja Muda Selangor
Tengku Amir menasihatkan golongan muda mendalami ilmu kepimpinan kerana ia tidak hadir begitu sahaja dan perlu dipraktikkan selalu.
Memimpin dalam kebijaksanaan
Kepimpinan UMNO diseru untuk bersikap bijaksana dan mengenepikan sifat-sifat yang berimejkan ego, hasad-dengki, 'selfish' serta tamak-haloba.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
'Trend kepimpinan akan berubah, pertukaran generasi perlu dibuat secara tersusun'
Peralihan itu akan mengubah semua prinsip berkaitan jenama, impak dan masyarakat.